ARTIKEL

DUA anggota APM Spaoh berusaha mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di bahagian belakang bawah Proton Saga di SMK Spaoh, hari ini.

Ular sawa 15 kaki juga ‘turun sekolah’ hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Sang batik sepanjang 15 kaki ikut serta ‘turun sekolah’ pada hari pertama sesi persekolahan yang dibuka, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Betong Kapten Siti Huzaimah Ibrahim memaklumkan, warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh gempar dengan penemuan seekor ular sawa yang bersembunyi di sebalik kereta seorang guru.

NORIZA (tengah) menunjukkan ular yang berjaya ditangkap di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 12.59 tengah hari ketika warga sekolah hendak pulang.

“Hasil pemeriksaan anggota, didapati sang batik itu melingkar di bahagian belakang bawah kereta Proton Saga milik seorang guru wanita.

“Operasi terus dijalankan dan kira-kira enam minit kemudian, ular tersebut berjaya dijerut,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, ular itu dibawa ke Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Spaoh untuk tindakan selanjutnya.

Operasi diketuai Sarjan (PA) Noriza Japar selesai kira-kira 1.14 tengah hari.

Huzaimah mengesahkan keadaan terkawal susulan pengadu yang dikenali sebagai Cikgu Helen bertindak cepat dengan menghubungi APM.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu