ARTIKEL

Kredit Neptunes Presents

Ultra Kalcer Malaysia 2026 himpun 19 artis Malaysia dan Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Festival Ultra Kalcer Malaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung di KL Festival Park pada 7 dan 8 November depan bakal menampilkan 19 artis popular dari Malaysia dan Indonesia.

Barisan artis tempatan seperti Okirama, Dukes, The Alif, Belia Benci Club, Citykops, dan Rangkaian Fugo akan berkongsi pentas dengan pemuzik ternama Indonesia termasuk Kris Dayanti, Barasuara, dan Pamungkas.

Kredit Neptunes Presents

Jurucakap penganjur, Nabila Huda Suhaimi menyatakan bahawa pemilihan artis tempatan bertujuan memberi ruang kepada pemuzik Malaysia untuk meluaskan capaian peminat di peringkat serantau selain mengeratkan hubungan industri muzik kedua-dua negara.

Menurut Nabila, lokasi KL Festival Park dipilih kerana kedudukannya yang strategik serta berupaya menampung lebih 20,000 penonton pada satu-satu masa, manakala jualan tiket telah dibuka sejak 4 September lalu.

Inisiatif ini merupakan kesinambungan usaha Neptunes Presents dalam memperkukuh kerjasama penganjuran acara muzik rentas sempadan selepas kejayaan Festival Muzik Nyalafest pada tahun 2024 seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU