ARTIKEL

Kredit: Laman Facebook Zahid Hamidi

UMNO 80 Tahun: Wadah Perjuangan Tiada Henti – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan parti itu sebagai sebuah wadah perjuangan yang tiada henti menjelang sambutan ulang tahun ke-80 penubuhannya pada 11 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata sejak langkah pertama penubuhannya, UMNO telah membina sebuah perjalanan panjang yang mencorakkan hala tuju negara sejak kemerdekaan hingga pembangunan melalui pengorbanan, kepimpinan dan usaha tanpa henti.

“Tempoh 80 tahun bukan sekadar angka tetapi himpunan sejarah, kejayaan dan cabaran yang membentuk jati diri sebuah perjuangan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook. 

Ahmad Zahid berkata UMNO yang diasaskan pada 1946 sebagai sebuah gerakan menentang Malayan Union bagi mempertahankan kedaulatan tanah air, lahir daripada semangat kesatuan dan keberanian bangsa.

“Inilah kisah tentang ketahanan, jatuh dan bangkit serta tentang sebuah legasi yang terus hidup dalam perjalanan masa depan negara,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha