ARTIKEL

Undi GPS, pastikan pembangunan Sarawak diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Calon GPS Dun Opar, Billy Sujang menyeru orang ramai untuk mengundi GPS supaya semua pembangunan yang telah dirancang dapat diteruskan pada masa akan datang.

Menurutnya, sokongan rakyat kepada kerajaan GPS akan dapat memudahkan proses kerajaan dalam membantu masyarakat bagi tempoh lima tahun akan datang melalui peruntukan yang disediakan.

“Justeru, kepada semua warga Opar yang akan turun mengundi esok, undilah GPS supaya impian kita untuk memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini dapat dicapai,” katanya semasa berucap dalam Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai, di Dewan Serbaguna Kampung Jugan, hari ini.

Beliau juga meningkatkan orang ramai untuk tidak menggunakan pelitup muka, baju atau apa-apa sahaja yang mempunyai mana-mana logo parti politik semasa turun mengundi kelak.

Jelasnya, perkara ini penting supaya proses mengundi dapat dijalankan dengan lancar dan adil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU