ARTIKEL

ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang menyampaikan sumbangan UNIFOR kepada Gereja Seventh-day Adventist Landeh sambil diperhatikan yang lain.

UNIFOR bantu penyelenggaraan rumah ibadat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus menyokong pembangunan rumah ibadat bukan Islam apabila menyalurkan peruntukan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Gereja Seventh-day Adventist Landeh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata peruntukan yang disalurkan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi UNIFOR bagi membantu pembangunan, penyelenggaraan dan penambahbaikan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri.

Menurutnya, bantuan berkenaan bertujuan memastikan kemudahan rumah ibadat berada dalam keadaan lebih selesa dan selamat untuk kegunaan para penganut.

“Kemudahan yang baik juga membolehkan pelbagai aktiviti keagamaan serta program kemasyarakatan dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Peruntukan UNIFOR kepada Gereja Seventh-day Adventist Landeh, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sokongan berterusan Kerajaan Sarawak melalui UNIFOR mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan semua kaum tanpa mengira latar belakang agama dan budaya.

Menurutnya, usaha seperti ini juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Beliau berharap peruntukan yang disalurkan itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihak gereja demi kepentingan para penganut serta komuniti setempat.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU