ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas (dua kiri) menyerahkan cek bernilai RM2.1 juta kepada Uskup Gereja Anglikan Kuching, Datuk Danald Jute (dua kanan).

UNIFOR serah cek RM2.1 juta kepada Gereja Anglikan Kuching bagi projek pembinaan kolumbarium

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyerahkan cek bernilai RM2.1 juta kepada Gereja Anglikan Kuching untuk projek pembinaan kolumbarium.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata ia merupakan sebahagian daripada pakej terakhir RM110 juta yang diperuntukan oleh Kerajaan Sarawak bagi 2024.

“Jumlah kos keseluruhan geran bagi pembinaan projek tersebut sebanyak RM8.5 juta.

“Setakat ini, kemajuan berkembang baik dengan 60 peratus sudah siap.

“Kita menjangkakan ia siap sepenuhnya pada penghujung tahun hadapan,” katanya.

Uggah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek kepada Uskup Gereja Anglikan Kuching, Datuk Danald Jute, di Pejabat Timbalan Premier, Tingkat Lima, Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Tambahnya lagi, kemudahan itu amat diperlukan bagi kawasan bandar seperti Kuching untuk menyimpan abu selepas pembakaran mayat.

Sementara itu, Danald berkata projek itu akan membina sekitar 9,000 kubik untuk penyimpanan abu mayat.

Ketika ditanya pemberita tentang penyimpanan abu mayat bagi penganut Kristian lain, Danald menjelaskan bahawa ia bukan hanya bagi Kristian Anglikan sahaja.

“Kita bersetuju dengan Persatuan Gereja-Gereja Di Sarawak untuk membukanya kepada Kristian yang lain.

“Selain itu, kita juga mempunyai jawatankuasa yang bertugas untuk mengurus bangunan itu kelak,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memberi sokongan kepada Gereja Anglikan.

“Kita memberi jaminan bahawa setiap sen yang disumbangkan itu bagi tujuan bangunan tersebut,” ujarnya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, meluluskan projek itu pada Disember 2022, dan geran RM5 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan kolumbarium tersebut ketika itu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha