ARTIKEL

John Sikie menyampaikan ucapan.

UNIMAS bantu atasi kekurangan guru Bahasa Iban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tawaran pengajian Bahasa Iban di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bermula sesi akademik 2025/2026 dijangka membantu mengatasi kekurangan guru yang memilih opsyen berkenaan.

Menteri di Jabatan Premier Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, langkah ini merupakan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai pendidik mengambil jurusan berkenaan.

“Sarawak masih lagi menghadapi masalah kekurangan guru yang memilih opsyen Bahasa Iban, walaupun dua institut telah menawarkan jurusan berkenaan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.

“Dengan adanya pertambahan universiti yang menawarkan opsyen Bahasa Iban, generasi muda termasuk bangsa lain dapat mempelajari, memahami dan bertutur menggunakan bahasa berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Syarahan Utama Jaku Tangkai Mengandai di Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Tegasnya, perubahan pembelajaran Bahasa Iban daripada pertuturan harian ke peringkat universiti membuktikan kepentingannya untuk generasi baru.

Dalam pada itu, hadir menyampaikan syarahan berkenaan ialah Penasihat Penyelidikan Sains Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang.

Sikie (berdiri tengah) merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU