KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta sejarah apabila menjadi universiti pertama di Malaysia melaksanakan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) sepenuhnya dalam sistem pengurusan konvokesyen menerusi pelaksanaan Istiadat Konvokesyen Ke-29 UNIMAS baru-baru ini.
UNIMAS dalam satu kenyataan berkata, pencapaian tersebut seiring dengan pelancaran rasmi StageAI, iaitu sebuah platform pengurusan acara pintar yang dibangunkan selaras dengan agenda Transformasi Digital UNIMAS.
“StageAI telah merevolusikan pengalaman konvokesyen tradisional melalui rangkaian teknologi terkini yang merangkumi tiga perkara utama.
“Pertama ialah Teknologi Suara AI untuk memastikan sebutan nama graduan lebih tepat secara fonetik dan konsisten. Selain itu, sistem pengecaman wajah digunakan bagi pengesahan identiti secara masa nyata sekali gus memastikan penyampaian skrol berjalan lancar. Ketiga ialah Integrasi Sensor IoT bagi penyelarasan serta pengurusan aliran acara yang lebih cekap,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, penggunaan StageAI telah meningkatkan kecekapan operasi dengan ketara, antaranya memendekkan tempoh penyediaan audio daripada satu bulan kepada dua hari sahaja.
Selain itu, jumlah tenaga kerja juga berjaya dikurangkan daripada 16 kepada enam orang sahaja.
Untuk rekod, StageAI dibangunkan oleh Pusat Digital Tun Abang Haji Openg (TAHODC), sekali gus menjadi bukti komitmen UNIMAS dalam memacu inovasi, budaya kampus pintar serta pembangunan bakat berdaya saing masa hadapan.
Kejayaan ini bukan sahaja menetapkan penanda aras baharu dalam penganjuran istiadat konvokesyen malah mengukuhkan kedudukan UNIMAS sebagai peneraju transformasi digital dalam landskap pendidikan tinggi negara.

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred
KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan


