ARTIKEL

Tetamu kehormat yang hadir. FOTO UNIMAS

UNIMAS iktiraf kecemerlangan warga universiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS 2026 (MAGU 2026) menyaksikan sebanyak 30 kategori anugerah dan penghargaan diperkenalkan bagi mengiktiraf kepelbagaian sumbangan warga universiti.

UNIMAS menerusi kenyataan memaklumkan, acara tersebut turut menyaksikan seramai 192 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diraikan atas prestasi kerja yang konsisten dan berkualiti tinggi.

“Selain itu, 45 penerima Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) turut diiktiraf atas tempoh perkhidmatan melebihi 20 tahun, manakala 37 pesara diraikan atas jasa dan sumbangan mereka kepada pembangunan universiti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, antara penerima utama anugerah dan penghargaan khas MAGU 2026 ialah Profesor Dr Indraneil Das yang menerima Anugerah Tokoh Akademik; Profesor Dr Sim Siong Fong bagi Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk UNIMAS; serta Dr Dayang Norafizan Awang Chee yang menerima Anugerah Ahli Akademik Harapan UNIMAS.

Ahmad Nadzri menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima sempena Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS 2026 (MAGU 2026) yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Arena Gemilang, DeTAR Putra, UNIMAS, hari ini. Turut kelihatan ialah Hatta (dua kanan). FOTO UNIMAS

Turut menerima pengiktirafan ialah buku Similajau’s Golden Shores and the Guardians of Biodiversity bagi Anugerah Penerbitan UNIMAS kategori penerbitan buku bidang sains, manakala buku Chinese Narratives in Contemporary Indonesian Film oleh Dr Teo Miaw Lee menerima anugerah bagi kategori bidang sastera.

Bagi kategori penerbitan jurnal, Dr Nazeri Abdul Rahman menerima Anugerah Makalah Penerbitan Jurnal (Sains), manakala Profesor Madya Dr Mohd Kamal Othman menerima Anugerah Makalah Penerbitan Jurnal (Sains Sosial/Sastera).

Anugerah Pengajaran Transformatif pula diberikan kepada Dr Marzie Hatif Jalil, sementara Dr Athirah Azhar dan Profesor Madya Dr Dolly Paul Carlo menerima Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka).

Dalam kategori inovasi dan pengurusan digital StageAI, Pusat Digital Tun Abang Haji Openg menerima Anugerah Inovasi Digital Pengurusan. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pula menerima Anugerah Microsite UNIMAS kategori akademik, manakala Pusat Pengajian Siswazah menerima kategori bukan akademik.

Hatta (dua kanan) menyampaikan anugerah kepada penerima. FOTO UNIMAS

Bagi kategori sukan, Profesor Dr Sim Sze Kiat menerima Anugerah Kecemerlangan Sukan (Lelaki), sementara Mariati Hazmi menerima Anugerah Kecemerlangan Sukan (Wanita).

Selain itu, Dr Mahani Huja Husin menerima Anugerah Pengurusan dan Profesional Gemilang, manakala Rafidah Badar menerima Anugerah Pelaksana Gemilang.

Pelbagai pencapaian lain turut diraikan termasuk kejayaan warga UNIMAS dalam Anugerah Buku Negara 2025, pengiktirafan World’s Top 2% Scientist serta pelbagai anugerah penyelidikan, inovasi dan kepimpinan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Naib Canselor UNIMAS, Ahmad Hatta Rasit menegaskan bahawa universiti tersebut perlu kekal tangkas dan berdaya tahan dalam mendepani landskap global yang semakin mencabar sekali gus menyeru warga universiti agar memperkasa perkhidmatan melalui penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

“Warga UNIMAS perlu berani menerima perubahan, mempelajari kemahiran baharu serta mengadaptasi AI dalam tugasan harian bagi meningkatkan produktiviti dan ketepatan kerja,” ujarnya.

Majlis itu yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Arena Gemilang, DeTAR Putra, UNIMAS, hari ini juga merupakan acara tahunan berprestij universiti dan menjadi platform utama dalam menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang warganya merangkumi bidang akademik, pengurusan, perkhidmatan, sukan, inovasi dan pengajaran.

Majlis tersebut memperlihatkan iltizam berterusan UNIMAS dalam membudayakan kecemerlangan serta memperkukuh amalan pengiktirafan sebagai pemangkin utama kejayaan institusi selaras dengan aspirasi universiti untuk terus unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Mohd Hassan; Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie; serta wakil lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke