Sejajar komitmen berterusan melonjakkan dirinya terulung di Borneo, Unimas berhasrat membentuk kerjasama dengan IPT di Kalimantan.
Naib Canselor Unimas Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, langkah itu sesuai dengan rancangan perpindahan ibu negara Nusantara di wilayah itu.
Berucap pada Majlis Anugerah Gemilang Unimas 2023, beliau berkata Unimas komited mendukung inisiatif Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCD) 2030 kerajaan Sarawak serta konsep Malaysia Madani Kerajaan Persekutuan.






