ARTIKEL

Unit Pansar Raih Subkontrak Projek Infrastruktur Air Samalaju Bernilai RM170.86 Juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pansar Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Perbena Emas Sdn Bhd, menerima surat setuju terima (LoA) daripada KKB Engineering Bhd untuk kerja-kerja subkontrak sivil dan struktur bernilai RM170.86 juta.

Projek itu melibatkan fasa dua untuk menaik taraf infrastruktur air di Samalaju, yang merupakan sebahagian daripada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), menurut Pansar dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Skop kerja itu melibatkan kerja-kerja sivil dan struktur bagi pembinaan serta penyiapan bangunan dan infrastruktur untuk pengambilan air mentah dan saluran paip pengepaman berkapasiti 160 juta liter sehari (MLD), loji rawatan air berkapasiti 120 MLD serta kemudahan yang berkaitan,” menurutnya.

Tempoh kontrak itu adalah selama 36 bulan dan kerja-kerja dijadualkan bermula bulan depan.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek berkenaan,” tambah Pansar.

Menurutnya lagi, tidak ada pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai kaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu.-BERNAMA

BERITA LAIN

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU