ARTIKEL

Mohammad Isa (depan kanan) merakam kenangan bersama tetamu kehormat serta pelajar sekolah.

Universiti perlu main peranan tarik minat pelajar sekolah ceburi bidang STEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak (UiTMCS) memandang serius usaha untuk mempromosikan pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) khususnya kepada pelajar sekolah di negeri ini.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsanya, Profesor Madya Ts. Dr Mohammad Isa Mohamadin berkata perkara tersebut penting kerana universiti juga perlu memainkan peranan untuk menarik minat pelajar menceburi bidang tersebut.

Pelajar sekolah kelihatan ceria ketika melihat pameran di Sudut STEM atau STEM@PTAR bersama Mohammad Isa (kiri).

Katanya, disebabkan itu juga Sudut STEM di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Samarahan 2 atau STEM@PTAR diwujudkan sebagai inovasi sosial untuk pusat sehenti bagi rujukan dan pameran kepada sekolah atau mana-mana pihak luar UiTM yang berminat dengan program berasaskan STEM.

“Kita menyedari bahawa banyak sekolah yang memerlukan bantuan kita dalam hal ini, namun kita tidak mampu membantu semua dalam masa yang singkat susulan kekangan masa dan sebagainya.

“Justeru, disebabkan itu juga kita mewujudkan Sudut STEM ini agar dapat memudahkan para pelajar sekolah atau pihak luar datang mengadakan lawatan ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran STEM@PTAR UiTMCS 2024 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Samarahan 2 di sini, hari ini.

Tambahnya, para pengunjung terutamanya pelajar-pelajar sekolah boleh diberi lebih pendedahan kepada aktiviti-aktiviti makmal secara praktikal. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk Inisiatif STEM UiTMCS, Dr Hazman Seli, wakil Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan, Johan Safri serta sembilan sekolah dari kawasan Kuching, Asajaya dan Kota Samarahan.

BERITA LAIN

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi