ARTIKEL

Kredit: Bernama

UNSC akan adakan mesyuarat tergempar berhubung serangan Israel ke atas Syria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadual mengadakan sesi tergempar pada Khamis susulan serangan udara Israel di wilayah Suwayda dan Damsyik, Syria, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut maklumat yang diperoleh Anadolu pada Rabu, mesyuarat itu diminta oleh perwakilan tetap Syria ke PBB dan disokong oleh Algeria yang kini merupakan ahli Majlis Keselamatan.

Mesyuarat dijangka berlangsung pada petang Khamis.

Israel pada Rabu melancarkan serangan udara ke atas Damsyik dengan menyasarkan Kementerian Pertahanan Syria dan kawasan berhampiran istana presiden.

Serangan itu berlaku ketika Israel menyambung semula serangan di wilayah Suwayda di selatan Syria, dengan memberi amaran bahawa serangan akan diteruskan sekiranya pasukan Syria tidak berundur.

Tentera Syria sebelum itu telah dikerahkan ke kawasan tersebut bagi mengembalikan ketenteraman selepas pertempuran antara kumpulan bersenjata Druze dan Badwi mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang.

Tentera Israel mendakwa operasi itu bertujuan melindungi minoriti Druze. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU