ARTIKEL

UPM Bintulu hantar 88 pelajar balik kampung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu memulakan proses penghantaran pulang pelajarnya ke kampung halaman masing-masing, Sabtu lalu.

Penghantaran pulang membabitkan 88 pelajar menggunakan lima bas institusi pengajian tinggi awam tersebut ke lima destinasi iaitu Miri, Sibu, Betong Mukah, Sarikei dan Sri Aman.

Destinasi pertama melibatkan penghantaran pulang 18 pelajar ke Saratok dan Betong seawal jam 11.40 pagi Sabtu diikuti destinasi ke Miri membabitkan seramai 24 pelajar pada jam. 12.05 tengahari.

Penghantaran kumpulan ketiga pula melibatkan 12 pelajar ke Mukah pada jam 12.40 tengahari disusuli kumpulan ke empat seramai 22 pelajar ke Sibu dan kumpulan terakhir terdiri daripada 12 pelajar ke Sarikei dan Sri Aman, masing- masing pada jam 2.40 petang dan 3.05 petang.

Sebelum proses penghantaran pulang pelajar dimulakan, bas yang dinaiki pelajar terbabit,  disanitasi terlebih dahulu bagi memastikan kebersihan bas terjamin dan bebas daripada  Covid-19 selain sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini adalah prosedur yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan sebelum dan selepas  operasi penghantaran pelajar ke destinasi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha