ARTIKEL

UPM kampus Bintulu anjur Pidato Kenyalang 30 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu mempelawa individu yang berminat untuk menyertai pertandingan Pidato Kenyalang Edisi Kedua 2024 di Bilik Kuliah 1, 2 dan 3 universiti berkenaan, di sini pada pada 30 Mac depan.

Pertandingan anjuran Kursus QKT2101 Seni Penghujahan Kumpulan 1 Sesi Akademik 2023/2024 UPM Kampus Bintulu itu terbahagi kepada kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan mahasiswa.

Penyertaan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang https:// docs.google.com/forms/d/ e/1FAIpQLSfhOK51KzRhZN_ grYEz6Tn_gyFvBwZIWFQJL6NuoXBaxQNmg/ viewform?usp=sf_link.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung pertandingan, boleh diajukan kepada pihak urus setia Ugeneish di talian 010- 2904805 atau Beyondnest (013- 6082145).

Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM150 setiap seorang, tempat kedua (RM120) dan tempat ketiga (RM80).

Setiap penyertaan juga akan menerima e-sijil daripada pihak penganjur.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU