ARTIKEL

Urus tadbir efektif pacu potensi Sarawak jadi pembekal utama tenaga elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi penggerak utama tenaga hidroelektrik di rantau Asia Tenggara dengan adanya rancangan teratur dan urus tadbir efektif.

ADUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai berkata, justeru adalah sangat penting untuk menambah baik undang-undang berkaitan tenaga kuasa boleh diperbaharui itu supaya matlamat tersebut berjaya direalisasikan.

“Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik 2023 ini adalah sangat penting dan tepat pada masanya bagi penambahbaikan ordinan sedia ada dalam usaha kita menjadikan Sarawak penggerak utama tenaga hidro elektrik di rantau Asean.

“Sehubungan itu, dengan adanya perancangan teratur dan strategik serta dikendali dengan urus tadbir cekap dan efektif, kita juga berada di landasan tepat untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong RUU Elektrik (Pindaan) 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi pada persidangan DUN Ke-19, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ujarnya urus tadbir tenaga elektrik yang efektif dan berkesan turut merupakan faktor utama mendorong pihak dalam dan luar negara berminat untuk melabur serta mendapatkan bekalan elektrik dari negeri ini.

Dalam pada itu katanya, Sarawak akan terus memperkukuhkan kedudukan dalam pengeluaran tenaga boleh diperbaharui dalam tempoh lima tahun akan datang dengan siapnya Empangan Hidroelektrik Baleh yang dijangka siap pada 2028.

Ujarnya, apabila beroperasi kelak, empangan itu dijangka mampu menjana 1,285 megawatt tenaga elektrik. Menambah nilai kepada empangan sedia ada seperti Batang Ai dan Bakun, sementara empangan hidroelektrik kelima di Trusan, Lawas masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil