ARTIKEL

PIC: Datuk Dr. Abdul Rahman menyaksikan penyerahan baucar jualan rahmah Jualan Gedung Raya di Juma’ani Pavilion, hari ini.

Usahawan Sarawak digesa rebut peluang BIHAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemain industri dan usahawan tempatan di wilayah ini disaran merebut peluang menyertai Borneo International Halal Showcase (BIHAS) dijadualkan berlangsung pada Julai depan sebagai platform menembusi pasaran global.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, penganjuran julung kali oleh Majlis Pembangunan Industri Halal Sarawak bakal menjadi medan pertemuan usahawan Borneo dengan pemain industri halal dari seluruh dunia.

Menurut beliau, pelibatan usahawan Sarawak dalam ekosistem halal antarabangsa adalah kritikal bagi meningkatkan kualiti produk mereka agar setanding dengan piawaian luar negara.

“Kita akan menyediakan ruang pameran yang besar di Kuching Waterfront pada minggu ketiga Julai depan, bersempena dengan sambutan Hari Sarawak. 

“Saya harap semua usahawan kita di Sarawak untuk ambil bahagian dan mempamerkan produk masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Jualan Gedung Raya di Juma’ani Pavilion di sini, hari ini.

Beliau bagaiagaimanapun memaklumkan bahawa syarat wajib adalah produk tersebut mestilah mempunyai persijilan halal. 

“Jika belum ada, kita sedia berbincang dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bagi membantu proses tersebut,” katanya.

Dr. Abdul Rahman mendedahkan, potensi produk Sarawak untuk ke peringkat global telah terbukti apabila dua produk tempatan iaitu kek lapis dan mi kolok berjaya menarik perhatian dunia dalam Makkah Halal Forum di Arab Saudi, bulan lepas.

“Dengan usaha gigih dan fokus kepada kualiti, tidak mustahil lebih banyak produk mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari Sarawak dapat mengikut jejak langkah yang sama.

“Di Sarawak, kita mempunyai lebih 74,000 PMKS yang menyumbang sekitar RM29.7 bilion atau hampir 18 peratus kepada ekonomi negeri,” ujarnya.

Menjelas lanjut katanya, kumpulan ini adalah tulang belakang yang membantu meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut memuji inisiatif Centexs Commercial yang menganjurkan Jualan Gedung Raya dengan pelibatan rakan strategik seperti Everise menerusi Jualan Rahmah.

Jelasnya, program sedemikian bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup masyarakat menjelang Hari Raya Aidilfitri, malah memberi peluang kepada usahawan kampung memasarkan produk mereka lebih sistematik.

“Melalui platform seperti CENTEXS Komersial Sarawak, kita bantu mereka supaya produk tempatan bukan sahaja dijual di peringkat kampung, tetapi mampu berada di rak-rak pasar raya utama,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

Harimau Malaya B-15 terbaik ASEAN

KUCHING: Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas menamatkan kempen Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di kedudukan