ARTIKEL

Usul cetak semula Perlembagaan Negeri Sarawak diluluskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan usul cetak semula Perlembagaan Negeri Sarawak untuk memberi kuasa kepada pencetak kerajaan mencetak semula 10,000 naskhah Perlembagaan Negeri Sarawak.

Usul itu diluluskan sebulat suara oleh ahli Dewan selepas bacaan kali kedua oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru setelah dibahas oleh ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang dan disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
 
Uggah menekankan bahawa cetakan terakhir Perlembagaan Sarawak adalah pada 2004 dan pindaan penting telah dibuat sejak itu, yang memerlukan kemas kini.

“Selain itu, dilaporkan semua salinan perlembagaan yang dicetak telah habis dijual.

“Oleh itu, adalah masa yang sesuai untuk Dewan membenarkan pencetakan lebih banyak salinan Perlembagaan Negeri bagi memenuhi permintaan pentadbir, pegawai kehakiman dan undang-undang, profesional perundangan, dan orang ramai di dalam dan luar negeri, serta  komuniti akademik di negara ini,” katanya ketika membentangkan usul itu.

Manakala, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang ketika berbahas menyokong usul itu mencadangkan agar kerajaan Sarawak mencetak semula 20,000 naskhah dan bukannya 10,000 naskhah sahaja.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah