ARTIKEL

Usul Penting Dibentangkan Pada Persidangan khas DUN 7 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu usul penting dijangka dibentangkan pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 7 Julai depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, butiran mengenai usul tersebut akan diketahui pada hari persidangan atau berberapa hari sebelumnya.

“Anda akan mengetahui siapa yang akan membuat usul tersebut pada hari itu atau beberapa hari sebelum untuk mengetahui apakah usul.

“Kadangkala lebih baik perkara itu tidak didedahkan terlebih awal,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Kampung Budaya Sarawak, di sini sempena Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 hari ini.

Terdahulu, satu notis rasmi yang ditandatangani Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dihantar kepada semua 82 Adun Sarawak.

Ia memaklumkan bahawa persidangan sehari itu kelak akan bermula 9 pagi selaras dengan Peraturan Mesyuarat 8(3), Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Sarawak.

Pada tahun ini, DUN Sarawak bersidang dari 19 hingga 28 Mei lalu, selama lapan hari.

Untuk rekod, DUN Sarawak yang ditubuhkan pada 8 September 1867 merupakan Dewan Perundangan tertua dan terbesar di Malaysia dengan kini smempunyai seramai 82 ADUN.

Perlembagaan Negeri memperuntukkan supaya DUN mengadakan persidangan sekali dalam setiap enam bulan kerana tiada sebarang cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan ke atas Dana Tergabung Negeri melainkan setelah diluluskan oleh DUN.

Ia merupakan dewan perundangan dan institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi, sebagai medan pertemuan semua wakil rakyat serta berperanan sebagai perantaraan rasmi antara pihak berkuasa dengan rakyat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai