ARTIKEL

Abdullah bersama peserta SMeC (RAMIDI SUBARI)

Utamakan Nilai Kemanusiaan, Jangan Jadi Seperti Mesin – Abdullah Saidol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wartawan perlu mempertahankan nilai kemanusiaan dalam setiap laporan mereka, lebih-lebih lagi ketika dunia kini semakin dipacu oleh kecerdasan buatan (AI).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, walau secanggih mana pun teknologi, ia tidak akan mampu menandingi nilai murni seperti empati, kerinduan dan kasih sayang yang hanya dimiliki oleh manusia.

“AI memang boleh memproses maklumat dan mencipta kandungan dengan pantas, tetapi AI tidak akan pernah faham akan perasaan rindu, sunyi, atau kasih terhadap orang yang kita sayang.

“Masa Premier kita senyum dalam ucapan semalam, siapa tahu apa yang beliau rasa dalam hati? Mungkin beliau tengah rindu akan seseorang. Itu AI tidak boleh tafsir,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 di sini, hari ini.

Menurut beliau, walaupun AI mampu meniru emosi secara teknikal, namun ia tetap tidak akan dapat ‘merasakan’ emosi itu dengan sebenar-benarnya.

“Nilai kemanusiaan ini yang mesti kita pertahankan. Walaupun satu hari nanti AI menjadi sempurna sekali pun, ia masih tidak ada perasaan yang sebenar.

“Sebab itu saya hendak mengajak semua, sama ada wartawan, pencipta kandungan, atau pengguna media sosial yang bertauliah atau tidak, tanamkanlah nilai kemanusiaan dalam kerja kita,” ujarnya.

Abdullah turut mengingatkan bahawa masyarakat di rantau Asia Tenggara, khususnya Malaysia yang kaya dengan pelbagai suku kaum, agama, budaya dan makanan, sewajarnya menjadikan rasa hormat dan kasih sayang sebagai nilai bersama.

“Kita tidak boleh biarkan diri kita menjadi seperti mesin. Nilai kemanusiaan itulah yang membezakan kita daripada teknologi,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha