ARTIKEL

Utamakan penggunaan teknologi dan kandungan ICT tempatan – DPIM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) meminta kerajaan lebih peka terhadap desakan usahawan teknologi agar mengutamakan pemain industri tempatan berhubung penggunaan teknologi dan kandungan tempatan dalam aplikasi dan sistem kerajaan.

Setiausaha Agungnya Abdul Mohsein Mohd Shariff berkata ia bagi menyokong usaha merancakkan ekonomi dan pendigitalan negara dengan membuka ruang saksama kepada pemain industri tempatan dalam teknologi komunikasi dan maklumat  (ICT).

“DPIM berpandangan adalah wajar kerajaan mendahulukan penggunaan produk tempatan jika mampu memberi kualiti dan keberkesanan yang sama dengan harga yang lebih berpatutan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

DPIM turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa memberi suntikan dana kepada usahawan tempatan bagi membangunkan lebih banyak kandungan dan teknologi tempatan.

“Namun begitu usaha itu akan menjadi sia-sia sekiranya suntikan dana dan subsidi tidak membawa kepada kelestarian penggunaan teknologi tempatan pada skala komersial dalam kalangan agensi kerajaan dan kementerian,” katanya.

— Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk