ARTIKEL

LAUNGAN SEMANGAT... Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian diiringi Datuk Wee Hong Seng bersama peserta mengibarkan bendera Sarawak sebagai simbol semangat patriotisme dan perpaduan pada program 722 Walk bersempena Hari Sarawak di Dataran MBKS, Jalan Padungan, Kuching, hari ini.

Utamakan Sarawak bukan bermaksud menolak Malaysia, kata Wee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konsep Utamakan Sarawak (Sarawak First) tidak seharusnya disalah tafsir sebagai usaha menolak Malaysia. Sebaliknya, ia merupakan pendirian untuk mengutamakan kepentingan, hak dan masa depan Sarawak dalam setiap keputusan yang memberi kesan kepada negeri ini.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, berkata pada masa sama Sarawak akan terus menjalinkan hubungan serta kerjasama yang konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan bersama.

“Sarawak First bukan bermaksud menolak Malaysia. Ia bermaksud meletakkan kepentingan Sarawak sebagai keutamaan apabila sesuatu keputusan melibatkan hak, sumber dan masa depan negeri, sambil terus bekerjasama secara konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

JALUR KENYALANG BERKIBAR… Kibaran bendera Sarawak mewarnai suasana program 722 Walk apabila peserta daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat berhimpun meraikan Hari Sarawak di MBKS Boulevard, Jalan Padungan, Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program 722 Walk bersempena sambutan Hari Sarawak yang disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, di Dataran MBKS, Jalan Padungan, di sini, hari ini. Program itu disertai kira-kira 1,500 peserta daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Wee berkata, pendirian itu berlandaskan kedudukan Sarawak sebagai rakan pengasas pembentukan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 2021 memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia, selaras dengan semangat MA63.

“Oleh itu, hak serta kepentingan Sarawak mesti terus dihormati, bukan sahaja ketika sambutan Hari Sarawak, malah dalam hubungan berterusan dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, perpaduan rakyat merupakan kekuatan terbesar Sarawak kerana keupayaan negeri untuk bersuara dengan satu pendirian akan memperkukuh kedudukannya dalam setiap rundingan.

Katanya, Sarawak yang bersatu akan lebih dihormati, manakala perpecahan hanya akan melemahkan kedudukan negeri.
Menyentuh perkembangan politik, beliau berkata, perbezaan pandangan merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi, namun ia tidak boleh menjejaskan hak perlembagaan serta kepentingan jangka panjang Sarawak.

“Semua pihak termasuk pembangkang perlu menyuarakan pandangan dengan penuh integriti dan tidak membangkang semata-mata untuk membangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Wee berkata keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya perlu terus dipelihara kerana ia menjadi antara kekuatan utama Sarawak sejak sekian lama.

Beliau berkata, semangat Segulai Sejalai bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi prinsip yang menyatukan rakyat dalam mempertahankan hak, maruah dan masa depan negeri.

“Apabila Sarawak bersatu, suara kita menjadi lebih kuat. Apabila institusi kita kukuh, masa depan kita menjadi lebih terjamin,” katanya.

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Rampa menua, budaya Ulu Entabai pematak SIE

PEMANAH rampa menua, peneleba ngatur kem entukar besai ba tebing sungai sereta penyelai adat enggau budaya komuniti Iban nyadi pekara pematak raban program Sarawak Interior