ARTIKEL

kredit CMG

Utusan Khas China Gesa Tindakan Ketenteraan Di Asia Barat Dihentikan Segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China menggesa agar pihak-pihak terbabit menghentikan segera tindakan ketenteraan bagi mengelakkan ketegangan terus memuncak sehingga menjadinya  tidak terkawal.

Gesaan itu disampaikan Utusan Khas China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun dalam taklimat media di sini pada Isnin.

Zhai berkata peperangan berkenaan secara serius menjejaskan keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Barat, selain memberi tempias besar kepada sektor ekonomi dan tenaga global serta keselamatan laluan perkapalan.

Beliau menegaskan bahawa China mengecam semua serangan terhadap orang awam dan sasaran bukan ketenteraan.

Menurut Zhai, Selat Hormuz serta perairan sekitarnya merupakan laluan antarabangsa penting bagi perdagangan barangan dan tenaga.

Pemeliharaan keselamatan dan kestabilan di kawasan berkenaan menjadi konsensus masyarakat antarabangsa dan juga selaras dengan kepentingan bersama semua pihak, katanya.

Beliau berkata China akan mengekalkan komunikasi dengan pihak terbabit bagi mendorong gencatan senjata dan membantu meredakan ketegangan di rantau berkenaan.

Mutakhir ini, Zhai giat melakukan diplomasi ulang-alik di rantau Asia Barat dan bertemu dengan menteri luar Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Mesir serta Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Liga Arab.

Beliau juga mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Negara di Kementerian Luar Qatar untuk bertukar pandangan mengenai situasi semasa rantau berkenaan. – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU