ARTIKEL

Vaksin COVID-19 harus jadi ‘keperluan awam global’ – PM Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANGKOK: Vaksin COVID-19, apabila tersedia kelak, diharap dapat memenuhi “keperluan awam global”, mampu dimiliki dan diakses semua, kata Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 hari ini.

Prayuth, merangkap Menteri Pertahanan, menghadiri sidang kemuncak dwitahunan yang diadakan secara maya dari Bangkok.

Beliau berkata Thailand telah bekerjasama dengan pelbagai sektor dalam pembangunan vaksin COVID-19 dan ubat-ubatan anti-virus bagi rawatan COVID-19, dan sedia berkongsi kejayaan tersebut dengan negara-negara anggota ASEAN.

“Thailand menyokong penubuhan Rizab Bekalan Perubatan Serantau ASEAN bagi Kecemasan Kesihatan Awam dan menunjukkan komitmen untuk memberikan sumbangan awal ubat-ubatan dan persediaan perubatan yang diperlukan,” katanya.

Selain itu, Prayuth berkata negara-negara anggota ASEAN harus bekerjasama bagi memelihara kestabilan serantau untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam menangani pandemik dan pemulihan ekonomi COVID-19.

“Dalam pertemuan yang akan datang dengan rakan-rakan dialog beberapa hari lagi, negara-negara anggota ASEAN harus bersatu dalam menyampaikan mesej kepada kuasa-kuasa besar tentang perlunya mencari jalan bersama dan mengetepikan perbezaan untuk menghindari perselisihan di rantau ini dan mempromosi kerjasama menang-menang.

Prayuth berkata Thailand juga menyokong penubuhan Koridor Perjalanan ASEAN dengan mengambil kira langkah kesihatan awam yang berhemah, untuk memudahkan perjalanan perniagaan penting di ASEAN dan memulihkan aktiviti ekonomi di rantau ini.  — BERNAMA

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar