ARTIKEL

Gambar hiasan | Freepik.com

Vandalisme punca gangguan elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan vandalisme terhadap kabel voltan tinggi menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama sejam di sepanjang Jalan Rock, dekat sini.

Ia juga menjejaskan kemudahan penting termasuk Pusat Perubatan Timberland dan bangunan Konsulat China, pada jam 10 malam, 26 Januari lalu.

Selepas menerima aduan berhubung kejadian itu, bahagian operasi dan peruncitan Sarawak Energy, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) mengarahkan pasukan teknikal dengan segera dan menemui kabel voltan berhampiran persimpangan longkang berhadapan dengan Pusat Perubatan Timberland. 

Bukti vandalisme didapati berlaku apabila terdapat kesan pemotongan kabel dan barang-barang pelaku yang ditinggalkan di tapak kejadian.

Laporan polis telah dibuat dan SESCO mengambil tindakan untuk meningkatkan rondaan keselamatan dalam kawasan itu bagi mencegah kejadian berkenaan berlaku lagi.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif SESCO, Lau Kim Swee menzahirkan kekecewaan terhadap perbuatan vandalisme yang tidak bertanggungjawab dan kecurian tembaga sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang terjejas.

P“Kami telah bekerja keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya gangguan pemasangan elektrik hidup dan kejadian malang kematian akibat renjatan elektrik.

“Malangnya, walaupun kami telah membelanjakan berjuta-juta untuk mengukuhkan kemudahan, vandalisme masih berlaku.

“Ia menunjukkan ada individu yang sanggup membahayakan nyawa untuk mendapatkan wang,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Tambahnya, tahun lalu, pihaknya merekodkan 153 kes vandalisme di seluruh Sarawak, dengan 25 kes di Kuching. 

“Insiden ini mengakibatkan kerugian hampir RM3 juta, tidak termasuk kerugian tidak ketara seperti kesulitan dan potensi gangguan perniagaan yang dialami orang ramai semasa bekalan elektrik terputus,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya juga meningkatkan kekerapan rondaan pada waktu malam, terutamanya semasa musim perayaan, sekali gus melaksanakan sensor jarak untuk pengesanan pantas. “

Kami juga sedang giat melabur dalam teknologi moden, bekalan sandaran dan infrastruktur untuk meningkatkan kecekapan serta kebolehpercayaan sistem kuasanya.

 “Pasukan teknikal juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia sepanjang masa, untuk pemulihan segera semasa gangguan kecil serta besar.

“Dengan kerjasama erat pihak berkuasa, Sarawak Energy menjalankan operasi bersama, termasuk pemeriksaan pusat kitar semula dan memantau perdagangan kabel tembaga yang dicuri,” tegasnya.

Orang ramai diminta melaporkan aktiviti yang mencurigakan di talian khidmat pelanggan 24 jam Sarawak Energy iaitu 1300-88-3111 atau melalui emel customercare@ sarawakenergy.com, maklmat pelapor akan dirahsiakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau