MALAYSIA kini bukan sahaja berhadapan dengan ledakan kes harian baharu Covid-19 tetapi juga perlu ‘berperang’ dengan varian koronavirus yang lebih ganas dan mampu mencetuskan kadar jangkitan serta kematian yang lebih tinggi.
Malah kadar kes harian baharu dijangkakan boleh mencecah sehingga lima angka dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha mengawal penularan kes membabitkan varian dari United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat varian berkenaan sebagai ‘varian yang membimbangkan’ (VOC) di peringkat global.
Menurut Dr Noor Hisham, varian yang paling banyak dikesan di negara ini ialah varian dari Afrika Selatan (varian South African B.1.351.) dan kes daripada jangkitan varian berkenaan dikesan menular di beberapa negeri iaitu Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.
Sehingga kini, sebanyak 62 kes positif dikesan melibatkan varian South African B.1.351. sementara varian dari India (B.1.617) yang dikesan setakat ini melibatkan dua kes (B.1.617.1 dan B.1.617.2) dan seorang daripadanya sudah meninggal dunia.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mei 2021



