ARTIKEL

BERCAKAP…Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah | Foto Ramidi Subari

Velodrom pertama Sarawak bakal dibina selepas SUKMA 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Proses pembinaan kompleks Velodrom di Sarawak dijangka bermula selepas tamatnya penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang menyaksikan Sarawak selaku tuan rumah pada bulan Ogos ini.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelan pembinaan kompleks sukan berbasikal terbabit telah mendapat kelulusan daripada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita sudah usulkan (pembinaan) tapi Velodrom tidak akan dapat dibina sebelum SUKMA memandangkan kita cuma ada baki 180 hari lagi.

“Tapi pelan (Velodrom) sudah dibawa kepada Premier dan beliau sudah meluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perjumpaan Road To Sukma XXI Sarawak di Auditorium Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Menurut Karim, pembinaan Velodrom bakal menjadi pertama di Sarawak dianggarkan bernilai lebih daripada RM100 juta.

Ditanya sama ada penubuhan Velodrom adalah persediaan Sarawak menjadi tuan rumah untuk temasya Sukan SEA selepas Thailand, Karim menegaskan ia adalah kemudahan yang dibangunkan bagi meningkatkan prestasi pelumba-pelumba basikal di negeri ini.

Mengenai hasrat Sarawak untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA, Karim menegaskan perkara itu belum dibincangkan lanjut dengan kini hanya menumpukan perhatian terhadap SUKMA memandangkan temasya itu tidak lama lagi akan berlangsung.

“Kita mula dengan SUKMA terlebih dahulu, kalau kita dapat menganjurkan SUKMA terbesar ini dengan baik, barulah kita bawa kepada Kerajaan Pusat supaya Sukan SEA selepas Thailand yang diadakan di Malaysia tahun 2027 diadakan di Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih