ARTIKEL

VERRELL BRAMASTA dilantik sebagai duta maritim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON popular dan kini Ahli Parlimen Indonesia, Verrell Bramasta dilantik sebagai Duta Maritim oleh Komando Armada Republik Indonesia (KOARMADA RI).

Verrell, yang dilahirkan pada 11 September 1996, dipilih kerana dianggap mewakili golongan muda yang berprestasi dan berpengaruh di tanah air.

Dalam satu wawancara bersama saluran YouTube SCTV menerusi program Hot Shot pada Isnin lalu, Verrell berkongsi bahawa beliau diundang oleh KOARMADA RI untuk sesi perbincangan dan menjalin kerjasama.

“Kami banyak berbincang dan akan ada kolaborasi antara saya dengan pihak tentera laut,” katanya.

Verrell menjelaskan bahawa pelantikan ini berdasarkan prestasinya sebagai anggota DPR RI dan ia selari dengan minatnya dalam bidang pendidikan, sukan dan kepimpinan belia.

“Ini adalah satu tanggungjawab tambahan yang tetap seiring dengan minat saya,” ujarnya.

Sebagai Duta Maritim, Verrell diharap mampu menggalakkan program berkaitan maritim seperti sukan air, ketahanan makanan, penjagaan alam sekitar, pendidikan, dan kesihatan. “

Saya sukarela, tidak digaji atau dibayar oleh tentera laut,” jelasnya bagi mengelak salah faham orang ramai.

“Alhamdulillah, hari ini kita dapat berkumpul sebagai keluarga.

Momen ini pun tak berlaku semasa saya dilantik jadi anggota DPR,” kata anak kepada pelakon terkenal, Venna Melinda, yang kini turut menggalas amanah besar untuk negara.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya