SIAPA sangka, selepas membuat kemunculan pertama di TikTok pada Julai 2023 dengan berkongsi video sedang memasak di dapur rumahnya, Kak Cik Yah kini mula tular di media sosial pada Ramadan ini.
Kini, akaun milik Kak Cik Yah sudah mempunyai 125,000 pengikut dan mendapat lebih 2.4 juta tontonan bagi video memasaknya.
Video yang dikongsikan oleh Kak Cik Yah sentiasa mengundang gelak tawa dengan gelagatnya yang terkenal dengan ayat “mola-mola” ketika ingin memasak, seolah-olah seperti melihat nenek sedang mengajar cucunya memasak.
Video memasaknya juga sering menjadi sesuatu yang ditunggutunggu pengikutnya kerana cara dia berkomunikasi yang sangat bersahaja, menyentuh dan mencuri hati orang ramai, sehingga menganggapnya seperti nenek dalam talian buat mereka. Kongsi Kak Cik Yah, dia memuat naik video memasak di TikTok kerana memang suka memasak.
”Kak Cik Yah berkata dia memutuskan untuk muat naik video memasak kerana memang suka memasak.
“Setelah itu, dia sediakan bahanbahan, rakam sendiri dengan telefon bimbit, dan masukkan ke TikTok.
Tak sangka ramai yang suka dan beri komen pelbagai,” ujarnya memetik laporan dari Bernama.



