ARTIKEL

Mohamad Sabu Foto: Bernama

Vietnam sedia teruskan eksport beras ke Malaysia – Mohamad Sabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Vietnam telah menyatakan kesediaan negara itu untuk terus mengeksport beras ke Malaysia.

“Mereka bersedia meneruskan eksport beras ke Malaysia mengikut harga yang dirundingkan, ertinya harga berpatutan di Malaysia, kalau (kita) memerlukan penambahan import beras dari Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mesyuarat dua hala dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam Nguyen Quoc Tri semalam sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45.

Malaysia merupakan tuan rumah AMAF ke-45 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Okt dalam usaha memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’ selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.

Turut menghadiri AMAF ke-45 ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura Grace Fu serta Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Mohamad berkata pertemuan dengan Fu pula menyaksikan perbincangan mengenai peningkatan perdagangan dalam bidang pertanian di antara Malaysia dan Singapura manakala Kao memberi pandangan bahawa kerjasama ASEAN dengan negara seperti China dan India perlu dipertingkat bagi mendepani isu keterjaminan makanan.

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi