ARTIKEL

Pelari menara nombor satu negara Soh Wai Ching (kanan) ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi Penajaan Pelari Menara itu. Turut hadir Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon. | BERNAMA

Wai Ching mahu pertahankan ranking dunia untuk 10 tahun lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PETALING JAYA: Pelari menara negara Soh Wai Ching menyasarkan untuk mempertahankan kedudukannnya selaku pelari menara nombor satu dunia bagi tempoh 10 tahun lagi biarpun usianya sudah mencecah 30 tahun.

Wai Ching berkata bagi mengekalkan kedudukannya itu, beliau berazam untuk menyertai lebih banyak kejohanan yang menawarkan kutipan mata tinggi selain berusaha memecahkan rekod bagi membantunya mengekalkan penguasaan ranking.

Wai Ching mengungguli ranking nombor satu dunia sejak April 2022.

“Sekarang ini saya berada di ranking pertama dunia untuk tempoh hampir dua tahun.

Kalau boleh mahu panjangkan tempoh tersebut.

“Ia bukan mudah, kalau ikutkan, pesaing lain turut mengejar ranking ini.

Jadi boleh saya katakan itu sasaran saya kini.

Perkara itu bagaimanapun dapat dicapai dengan penyertaan di beberapa kejohanan penting untuk kutipan mata pada tahun ini dan tahun seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini semalam.

Katanya, antara kejohanan menawarkan kutipan mata yang tinggi termasuk Bieg Na Szcyt di Poland (16 Mac), Towerrunning World Championship di Taiwan (4 Mei) dan Tunnel to Towers Climb di New York (2 Jun).

Baca lain  Kurang cergas punca Sabah FC tumbang kepada Macarthur FC, 0-3

Tahun lepas, Wai Ching menjuarai 31 daripada 36 kejohanan disertainya.

Sementara itu, MoU ditandatangani hari ini menyaksikan Wai Ching menerima tajaan RM75,000 daripada MBPJ sebagai usaha membantu beliau meneruskan penyertaannya dalam kejohanan peringkat antarabangsa seterusnya mengekalkan kejuaraan yang disandang.

Ia tajaan kedua pihak MBPJ selepas RM100,000 pada 2022. — BERNAMA

BERITA LAIN

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

SUKMA XXI 2024: Petinju diingat kekal disiplin

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) mengingatkan atlet khususnya yang terpilih mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 agar mengekalkan disiplin mereka. Presiden SABA,

BERITA TERBARU

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu