ARTIKEL

WAK Berpotensi Angkat Sarawak Sebagai Hab Seni dan Kreativiti Serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Festival What About Kuching (WAK) berpotensi berkembang menjadi platform festival terbuka bertaraf serantau dan antarabangsa, sekali gus meletakkan Sarawak sebagai hab seni, budaya, kreativiti dan gaya hidup.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, WAK bukan sekadar acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri, sebaliknya merupakan sebahagian daripada ekosistem kreatif yang lebih besar.

Menurutnya, WAK perlu terus diperkasa sebagai platform kreatif tersendiri yang mampu mendapat pengiktirafan di peringkat nasional, serantau dan seterusnya antarabangsa.

Beliau berkata, usaha itu penting bagi melahirkan bakat kreatif, menggalakkan perusahaan serta membangunkan ekosistem industri kreatif yang mampan di Sarawak.

“Potensi WAK masih belum diterokai sepenuhnya dan saya percaya festival ini mempunyai peluang besar untuk berkembang menjadi platform ikonik yang mencerminkan identiti Sarawak, dan mempunyai jangkauan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan media WAK hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim menggesa pasukan penganjur WAK supaya terus menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bagi memastikan kesinambungan inisiatif berkenaan.

Jelasnya, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak serta kemungkinan perubahan komposisi Kabinet negeri selepas itu, hubungan kerjasama dan sokongan dengan WAK perlu dikekalkan tanpa mengira perubahan individu atau tanggungjawab pentadbiran.

Abdul Karim turut menggesa sektor swasta, termasuk pemimpin korporat, syarikat dan usahawan, supaya tampil memberikan sokongan lebih besar menerusi kerjasama serta penajaan bagi menjamin perkembangan WAK.

Dalam masa sama, beliau mengajak semua penggiat seni, penghibur, pengamal budaya, usahawan kreatif dan penggiat gaya hidup supaya memanfaatkan WAK sebagai platform untuk mengetengahkan idea, bakat serta hasil kreativiti masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

11 Barangan Harga Terkawal Sempena Deepavali 2026

KUCHING: Sebanyak 11 jenis barangan keperluan ditetapkan sebagai barangan harga terkawal menerusi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 di Sarawak selama tujuh