ARTIKEL

WAK Miri 2025 Bukti Keunggulan Komuniti Kreatif Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Program WAK Miri 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Miri Handicraft Centre bermula hari ini terus mengangkat keunikan seni, budaya dan gaya hidup tempatan melalui pelbagai pengisian kreatif melibatkan komuniti setempat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran edisi kedua festival satelit berkenaan menjadi bukti kekuatan bakat dan kreativiti warga Miri yang semakin menyerlah dalam pelbagai cabang seni.

“Saya memuji komuniti kreatif Miri kerana tampil menyerlah dan menyertai edisi WAK Miri yang begitu menarik sekali.

“Saya menyeru semua pencinta seni, budaya dan gaya hidup agar datang dan menikmati persembahan serta program luar biasa yang dibawakan oleh artis tempatan kita yang berbakat.

“Syabas kepada penganjur WAK kerana berjaya menganjurkan satu lagi festival hebat untuk Wilayah Utara Sarawak,” katanya semasa melawat festival tersebut hari ini.

Festival yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran seni visual All About Arts: Elements of Nature, persembahan muzik secara langsung di Music Portal, teater solo ikonik Emily of Emerald Hill, Creative Marketplace yang menampilkan produk kraf dan gaya hidup Sarawak serta bengkel komuniti merangkumi seni bercerita, kraf warisan dan seni pergerakan.

Untuk makluman, WAK Miri merupakan sebahagian daripada gerakan WAK Festival yang menjadi pemangkin kepada ekspresi kreatif dipacu komuniti di Sarawak.

Edisi utama WAK Festival ke-7 akan berlangsung sepanjang Oktober 2025 di pelbagai lokasi sekitar Kuching.

Individu kreatif yang berminat menyertai festival tersebut digalakkan menghantar cadangan penyertaan melalui laman sesawang rasmi di www.aboutkuching.com.

Mesra… Karim bersalaman dengan usahawan yang menyertai WAK Miri 2025
Karim merakam gambar kenangan sambil menunjukkan baju T-shirt rasmi WAK Festival dan poster program

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha