ARTIKEL

Rodiyah Sapiee dan Aidel Lariwoo membuat lawatan Program Walkabout Tahun Baharu Cina 2026.

Walkabout TBC 2026, Rodiyah raikan masyarakat Sadong Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Program Walkabout Tahun Baharu Cina 2026 bukan sekadar kunjungan mesra ke premis perniagaan, malah menjadi platform penyerahan sumbangan kepada golongan sasar dan ketua masyarakat kaum cina.

Program anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong bersama ketua kaum dan pemimpin masyarakat setempat itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.

Rodiyah Sapiee beramah mesra dengan penduduk setempat sempena Program Walkabout Tahun Baharu Cina 2026.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sadong Jaya Datuk Aidel Lariwoo.

Program yang diadakan hari ini melibatkan lawatan ke kampung-kampung serta premis perniagaan di sekitar Sadong Jaya.

Ia turut merangkumi penyerahan sumbangan berupa karton minuman berkarbonat dan bakul makanan kepada golongan sasaran.

Selain itu, sumbangan sempena Tahun Baru Cina turut diserahkan kepada ketua-ketua masyarakat kaum Cina.

Program yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 1 tengah hari itu dimulakan dengan upacara simbolik perasmian sebelum diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama penduduk setempat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha