ARTIKEL

Wanita Amerika maut diserang jerung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIAMI: Seorang wanita dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) maut diserang seekor jerung semasa menaiki papan dayung di pantai berhampiran sebuah pusat peranginan di Bahamas pada pagi Isnin.

Mangsa berusia 44 tahun berdayung bersama seorang saudara lelakinya semasa kejadian pada kira-kira 11.15 pagi (1615 GMT) di barat New Providence, lapor Agensi Berita Jerman (DPA) memetik laporan Miami Herald.

Seorang penyelamat pusat peranginan itu yang menyaksikan kejadian bergegas menyelamatkan mangsa dengan menarik wanita dan lelaki berkenaan ke dalam bot penyelamat, menurut Polis Diraja Bahamas dalam satu kenyataan.

Polis berkata, wanita yang namanya tidak didedahkan cedera parah pada bahagian kanan tubuhnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Bagaimanapun, masih tidak jelas spesies jerung yang menyerang wanita itu, mahupun saiznya.-Bernama-dpa

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)