ARTIKEL

Kredit: IPD Bentong

Wanita bersama lima anak dilaporkan hilang selepas keluar rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Seorang wanita bersama lima anaknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, Bentong sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan enam beranak itu daripada suami wanita tersebut yang berusia 43 tahun pada 7.34 malam hari yang sama.

Beliau berkata pengadu memaklumkan isterinya, M Rekha, 41, bersama anak mereka S Ruban, 19, S Sharivina Nair, 17, S Shasini Nair, 16, S Pritivi, 14, dan S Lashwin Nair yang berusia empat tahun, kali terakhir dilihat di rumah mereka di Taman Orkid.

“Lelaki tersebut menyedari isteri dan anak-anaknya tiada di rumah sekitar 6.30 pagi Isnin dan gagal mengesan mereka sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu hilang tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui talian 09-2231999. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU