ARTIKEL

Wanita ditemukan maut dalam kereta, rakan lelaki pengsan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang wanita berusia 20 tahun ditemukan maut manakala seorang lagi rakannya tidak sedarkan diri dalam kereta, di sebuah stesen minyak dekat jalan Sultan Ibrahim, di sini, 10.17 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan keracunan gas karbon monoksida. 

“Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki Melayu berumur 20 tahun dan seorang wanita Melayu berumur 20 tahun telah terbaring tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat wanita itu telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mohd Rosdi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan menghormati privasi keluarga mangsa. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan