ARTIKEL

Wanita dituduh menjalankan ‘Love Scam’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita dituduh di Mahkamah Seksyen, Bintulu hari ini kerana menjalankan kegiatan Love Scam dengan menipu wang seorang suri rumah berjumlah RM22,350.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah, pertuduhan dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Siti Mariyah Dahari di hadapan hakim Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Namun demikian, katanya tertuduh, Bangie Seli, 46, yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah.

“Tertuduh dibebaskan dengan jaminan tunai RM4,500 dan dua orang penjamin tempatan bekerja tetap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mustafa berkata mangsa, 30, berkenalan dengan suspek yang menyamar sebagai seorang lelaki pada Mei 2018 melalui Facebook.

Suspek menipu wang seorang wanita berjumlah RM22,350

Mangsa kemudian diperdaya untuk memasukkan wang berjumlah RM22,350 ke akaun tertuduh kononnya untuk melepaskan bungkusan kiriman yang dikatakan telah ditahan oleh Jabatan Kastam di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mustafa berkata mangsa memasukkan wang ke akaun tertuduh pada 17 Julai 2018 sebanyak RM4,500 dan pada 18 Julai 2018 sebanyak RM17,850.

Katanya tertuduh ditangkap pada 9 Mei lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Miri di bandar raya Miri.

Suspek dituduh mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan penjara.

Mahkamah menetapkan Pre Trial Case Management (PTCM) pada 20 Jun nanti.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha