ARTIKEL

Wanita hilang telefon bimbit, wang tunai selepas diragut di MJC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita hilang telefon bimbit dan wang tunai setelah beg tangannya diragut seorang lelaki di kawasan MJC, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi, menyebabkan mangsa yang berusia 58 tahun mengalami kerugian kira-kira RM650.

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan seorang diri di kaki lima kedai di kawasan MJC.

“Tiba-tiba dia diragut oleh suspek yang merupakan seorang lelaki sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta,” katanya yang dihubungi.

Justeru, beliau berkata usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Padawan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU