ARTIKEL

Wanita jadi jutawan sekelip mata kerana kesilapan teknikal bank

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang wanita dikejutkan dengan sejumlah wang bernilai lebih RM404 juta dimasukkan ke dalam akaun Maybanknya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kesilapan teknikal daripada pihak bank berkenaan bukan menyebabkan Pengarah yang juga Pengasas Bersama Forum HR Malaysia Hafidzah Abdullah mendapat kesenangan, sebaliknya memberi masalah kepada dirinya.

Beliau tidak menyangka perkara tersebut boleh terjadi dan memerlukannya menyelesaikan masalah untuk mendapat semula akses kepada akaun banknya.

“Anda menyangka saya kena loteri? Sebenarnya tidak, ini adalah gangguan sistem (glitches).

Kini Maybank memutuskan untuk menyekat akaun saya tanpa sebarang panggilan telefon, mesej atau sama sekali.

“Untuk mendapatkan semula, saya terpaksa mengunjungi cawangan Maybank terdekat dan pegawai tersebut terpaksa menghubungi khidmat pelanggan untuk membuka sekatan, yang mengambil masa lama dan ini bukan kesilapan saya!,” katanya menerusi kenyataan di Linkedin.

Katanya, tiga hari gangguan sistem dari bank berkenaan semasa tempoh pembayaran gaji ibarat seperti komedi kesilapan yang tiada siapa menganggapnya sebagai perkara lucu.

Tambahnya, akaun peribadinya disekat serta akaun syarikat tidak boleh digunakan (SECURE2U tidak berfungsi) dan mengunjungi Maybank untuk menyelesaikan masalah itu telah menjadi rutin harian buat dirinya.

“Mereka berkata wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi Maybank tahu bagaimana untuk membeli kekecewaan,” ujarnya.

Sementara dalam ruang komen Linkedin, Hafifzah berkata, adalah amat dihargai jika pengurusan tertinggi Maybank meluangkan masa untuk membaca komen dan benar-benar mengiktiraf pengalaman sahih orang ramai.

“Adalah penting bagi mereka untuk menyiasat perkara ini dengan teliti. Malangnya, pengabaian bukan sahaja menjejaskan usaha penjenamaan, tetapi juga menyebabkan kekecewaan dalam kalangan pelanggan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU