ARTIKEL

Foto TVS

Wanita Orang Ulu terus jadi tunjang kelestarian warisan budaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Wanita Orang Ulu terus memainkan peranan penting sebagai tonggak utama dalam memastikan kelangsungan warisan budaya, khususnya melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang menyemai semangat kebersamaan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata program seumpama itu bukan sahaja menghidupkan kemeriahan sambutan Gawai lebih awal, malah menjadi wadah penting dalam menyatukan komuniti.

“Ia bukan sahaja menghidupkan semangat Gawai menjelang musim perayaan, malah menjadi platform yang sangat baik untuk anggota komuniti berkumpul, mengeratkan hubungan serta memperkukuh ikatan persahabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Pra-Gawai 2026 oleh Persatuan Wanita Orang Ulu Miri (PWOUM), di sini pada malam Sabtu.

Menurut beliau, program seumpama itu bukan sekadar pertemuan sosial, sebaliknya mencerminkan jati diri masyarakat yang kaya dengan nilai budaya, tradisi serta semangat kebersamaan.

Tambahnya, sambutan Gawai bukan sekadar perayaan menuai, tetapi membawa makna lebih mendalam sebagai simbol kesyukuran, pembaharuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Gawai bukan sekadar pesta menuai, tetapi juga merupakan waktu untuk kesyukuran, pembaharuan serta mempereratkan kebersamaan.

“Ia satu perayaan yang bukan sahaja menghormati tradisi, malah mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan komuniti. Menjadikan Gawai begitu istimewa di Sarawak ialah semangat inklusif yang dibawanya,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU