ARTIKEL

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Wanita penghantar makanan maut dalam kemalangan di Km 13, Kota Samarahan/Tabuan Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita penghantar makanan maut apabila motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (Km) 13, Kota Samarahan/Tabuan Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Jaimi Husin, berkata mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dalam kejadian sekitar 1.05 petang, kemalangan melibatkan tiga kenderaan, iaitu sebuah motokar, sebuah motosikal dan sebuah lori tanker,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jaimi, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang motosikal dari arah Kuching hendak menuju ke arah Kota Samarahan.

Apabila sampai di laluan berkenaan, katanya, ketika sedang bergerak lurus, mangsa tiba-tiba terlanggar belakang motokar yang dalam proses berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Akibat daripada perlanggaran itu, penunggang telah jatuh ke lorong kiri dan digilis oleh sebuah lori tanker yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes masih dalam siasatan, dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu