ARTIKEL

Kredit: China Media Group (CMG)

Wanita Pertama China, Afrika hadir mesyuarat pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China dan Afrika merupakan komuniti yang berkongsi nasib.

Kaum wanita China dan Afrika pernah berganding bahu melakar kecemerlangan dalam memacu pelaksanaan projek kerjasama dengan ketekunan, kebijaksanaan dan dedikasi.

Demikian dinyatakan Puan Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping, ketika menyampaikan ucapan dalam satu mesyuarat mengenai pendidikan wanita China-Afrika di sini pagi semalam.

Sebagai utusan khas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi hal ehwal pendidikan kanak-kanak dan wanita, Peng memperkenalkan pencapaian China yang cemerlang dalam tempoh pelaksanaan “Projek Spring Bud” selama lebih 30 tahun, di samping menyanjung tinggi pencapaian yang dilakar sejumlah wanita Afrika yang berjaya dalam merealisasikan nilai hidup melalui pendidikan.

Menurut Peng, China dan Afrika merupakan rakan seperjuangan dalam menempuh jalan pembangunan pendidikan wanita yang dipercayai boleh membawa masa depan yang cerah kepada mereka, dan perlu terus berintegriti menyuburkan persahabatan tradisional serta mengeratkan kerjasama supaya dapat mendorong pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita berkembang ke arah yang lebih adil, inklusif dan berkualiti demi pembinaan dunia yang lebih baik.

Turut hadir, seramai 26 wanita pertama dari negara Afrika yang menemani suami mereka menghadiri Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024 di Beijing, termasuk Marie Khone Faye, isteri Presiden Senegal yang menyampaikan ucapan dalam sesi mesyuarat itu.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada Peng atas sumbangan cemerlangnya dalam memasyarakatkan pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita di Afrika, menyanjung tinggi terhadap sokongan dan bantuan China kepada pelbagai negara Afrika dalam pelbagai bidang, dan bersedia terus meningkatkan kerjasama dengan China untuk membantu lebih ramai wanita menjadi relevan dengan hidup bahagia.

Para wanita pertama dari China dan Afrika juga meluangkan masa menikmati nyanyian kanak-kanak dan Opera Peking serta melawat satu pameran yang berkaitan dengan kebudayaan tradisional China dan pencapaian negara ini dalam bidang pendidikan wanita.– BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik