ARTIKEL

Wanita rugi RM1.4 juta ditipu sindiket pelaburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang peniaga kedai perubatan tradisional, di sini menanggung kerugian sebanyak RM1.4 juta akibat ditipu sindiket pelaburan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak menerima laporan daripada mangsa, wanita berumur 40 tahun, semalam (Khamis).

Katanya, mangsa pada 1 Februari lalu, semasa berada di rumah telah ditawarkan satu pelaburan ‘Crypto Exchange’ oleh kenalan yang dikenali menerusi aplikasi Weibo.

“Ekoran itu, mangsa telah membuat 34 transaksi pembayaran kepada 25 akaun berbeza antara 1 Februari hingga 5 Mei lalu dengan jumlah keseluruhan pembayaran berjumlah RM1.4 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azman berkata JSJK Sarawak mencatatkan sebanyak 67 kes penipuan dari tempoh 1 Januari hingga 30 April tahun ini berbanding 68 kes pada tempoh yang sama bagi tahun lalu.

Kerugian yang dicatatkan pada tempoh tersebut untuk tahun ini mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak RM5.9 juta berbanding RM2.8 juta pada tempoh yang sama bagi tahun 2022.

“Usaha berterusan JSJK Sarawak bagi membendung kes penipuan pelaburan di negeri ini telah menghasilkan sebanyak 18 tangkapan bagi tahun 2023, manakala bagi tempoh sama tahun 2022 adalah sebanyak sembilan tangkapan.

“Sebanyak 28 kertas siasatan telah dituduh bagi tahun 2023 manakala bagi tempoh sama tahun 2022 adalah sebanyak enam kertas siasatan telah dituduh,” jelasnya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah