ARTIKEL

Gambar Hiasan

Wanita terima padah miliki loteri tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau sebulan penjara terhadap seorang wanita tempatan atas kesalahan memiliki loteri awam tanpa lesen.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Intia Empati, 38, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki tiket loteri awam tanpa lesen dalam sebuah kedai makan di Jalan Batu 6, sekitar jam 4.50 petang, 17 Mei lepas.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda sehingga lima RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan telah mengadakan satu serbuan di sebuah kedai makan kerana dipercayai terdapat aktiviti judi awam tanpa lesen.

Hasil pemeriksaan, berjaya menahan seorang wanita bersama peralatan yang disyaki digunakan untuk memiliki tiket loteri awam tanpa lesen.

Barang-barang milik tertuduh turut dirampas dan mesej di telefon bimbit terdapat angka-angka tiket loteri awam tanpa lesen, sekeping keratan kertas serta wang tunai berjumlah RM42.

Siasatan lanjut dan laporan pakar judi mengesahkan telefon bimbit milik tertuduh mempunyai angka-angka loteri awam .

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini. Menurut portal Sistem Pengurusan