ARTIKEL

Wanita Warga Emas Rugi Lebih Setengah Juta Diperdaya Pelaburan Dalam Talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANGKAK: Seorang wanita warga emas kerugian RM695,375 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham secara dalam talian awal bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 60 tahun itu melayari laman Facebook dan berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan.

Beliau berkata mangsa kemudiannya telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan diarahkan untuk menekan satu pautan bagi memuat turun aplikasi pelaburan dinamakan “DESG”.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran 100 peratus keuntungan itu telah melakukan 16 transaksi ke empat akaun keldai bermula 2 Julai hingga Selasa lepas berjumlah RM695,375.

“Bagaimanapun, dia menyedari telah ditipu dan bertindak membuat laporan polis hari ini, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha