ARTIKEL

Warga Asing Cedera Parah Jatuh 8 Kaki ke Dalam Parit di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warganegara asing cedera selepas terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira lapan kaki berhampiran pintu masuk De Summit Condominium di Lorong B4 BDC di sini, malam tadi.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 8.25 malam itu, mangsa berusia lingkungan 50-an dilaporkan mengalami kecederaan serius pada bahagian kaki kiri, khususnya di bahagian buku lali.

Menurut Komander Operasi, PBK I Daniel Teo, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa telah terjatuh ke dalam parit sedalam lebih kurang lapan kaki dari paras jalan raya. Keadaan dinilai selamat untuk menjalankan penyelamatan,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba kemudian menggunakan tangga khas untuk membantu membawa mangsa naik semula ke permukaan sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans bagi rawatan lanjut.

Operasi penyelamatan berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.38 malam dan ditamatkan tidak lama kemudian pada jam 8.46 malam, ujar beliau.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha