ARTIKEL

Warga emas dirompak, perompak pura-pura hantar barang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita warga emas dirompak sekumpulan perompak yang berpura-pura menghantar barang di rumahnya di Kampung Sindang Baru, Jalan Dato Mohd Musa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Manga, 67, didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang memberitahu mahu menghantar minyak wangi.

Katanya, mangsa menafikan perkara tersebut kerana tidak membuat sebarang pembelian barang.

Pihak polis menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut lalu menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di ruang dapur berhampiran tandas rumah mangsa.

“Semasa kejadian, mangsa hanya seorang diri di rumah,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompak-berkumpul dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan modus operandi tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha