ARTIKEL

SAR… Operasi SAR mangsa dihentikan dan disambung semula hari ini.

Warga emas hilang dikhuatiri di baham buaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya dalam kejadian di Sungai Rayu, Jalan Selang di sini, petang semalam.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, PBK II Kup Ibrahim Assan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.55 petang.

“Kawalan balai BBP Petra Jaya menerima panggilan dari IPD Lundu yang memaklumkan bahawa mangsa, Minu Kin, 60, dikhuatiri dibaham reptilia berkenaan di lokasi kejadian.

“Sejurus panggilan, pasukan BBP Petra Jaya dikerahkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ibrahim, setibanya pasukan di sana, kakitangan bomba bersama pihak kampung membuat pencarian awal menggunakan bot penduduk di sekitar kawasan dipercayai lokasi serangan.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menemui jalan buntu dan ditangguh pada jam 6 petang tadi.

“Operasi SAR akan disambung semula esok hari (hari ini),” katanya.

Terdahulu, Minu Kin dilaporkan keluar bersama anak saudaranya, Jimmy di kawasan Sungai Rayu untuk mencari lokan pada jam 8 pagi.

Menurut Jimmy, kemungkinan mangsa telah dibaham buaya kerana terdapat kesan darah dan kesan tapak kaki dijumpai di kawasan tersebut.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU