MIRI: Seorang lelaki warga emas berbangsa Cina dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Lot 773, Shang Garden di sini pada 23 September lalu.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berusia 70 tahun itu, Lim Yu Kian @ Lim Kin San, semalam.
“Dia dilihat kali terakhir keluar dari rumahnya pada petang 23 September lalu dengan menaiki kenderaan Toyota Rush nombor pendaftaran QBB5445 warna kelabu.
“Ciri-ciri orang hilang (OH) itu adalah berketinggian 164 sentimeter dengan berat 60 kilogram,berbadan kurus, kulit warna kuning langsat serta berambut pendek putih beruban.
“Menurut laporan yang dibuat, OH kebiasaannya memakai pakaian baju T-Shirt berkolar warna biru dan berseluar pendek warna kuning muda,” katanya dalam satu kenyataan.
Alexson berkata bahawa buat masa sekarang, kes yang dilaporkan ini masih lagi dalam siasatan pihalk polis.
Bagaimanapun katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan OH boleh menghubungi Ketua Balai Polis Pusat Miri di talian 016-8865949/085-427093.



